innity

pages

Thursday, August 10, 2017

[SERANGAN MENGGANAS] LHDN serbu syarikat Mukhriz, Mirzan pada hari sama

Pada hari yang sama syarikat Datuk Mokhzani Mahathir, Kencana Capital Sdn Bhd diserbu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), 2 lagi syarikat yang ada kaitan dengan anak Tun Dr Mahathir Mohamad turut menjadi sasaran, menurut sumber yang rapat dengan keluarga bekas perdana menteri itu.
FMT difahamkan LHDN turut menyerbu Opcom Holdings Berhad dan Crescent Capital Sdn Bhd.
Opcom merupakan sebuah syarikat ditubuhkan pada November 1994 dan terlibat dalam pendawaian fiber optik. Ia dipengerusikan oleh Mokhzani yang juga ketua pegawai eksekutif (CEO), sementara Datuk Seri Mukhriz Mahathir adalah salah seorang pemegang sahamnya.
Seorang lagi anak lelaki Dr Mahathir, Mirzan Mahathir, disenaraikan sebagai CEO Crescent Capital, sebuah syarikat pelaburan dan perunding kewangan.
Ketika dihubungi, anak sulung Dr Mahathir, Datin Paduka Marina Mahathir mengesahkan semua serbuan itu berlaku 2 hari lalu.
“Saya tidak merasakan ia satu kebetulan. Ataupun mereka (LHDN) hanya menjalankan tugas,” katanya kepada FMT.
Serbuan itu berlaku ketika pemimpin Umno termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz menggesa siasatan terhadap kekayaan keluarga bekas perdana menteri yang kini mempengerusikan gabungan 4 parti Pakatan Harapan (PH).
Bagaimanapun, Dr Mahathir tampak masih tenang dengan siri tindakan itu, malah menjemput seterunya Datuk Seri Najib Razak hadir pada forum “Nothing to Hide” Ahad ini.
Dr Mahathir berkata forum itu boleh dijadikan medan kedua pemimpin menjelaskan dakwaan kekayaan mereka.
Sebelum ini, Dr Mahathir mengadu kenalan rapatnya kini diganggu pihak berkuasa termasuk menerusi LHDN.
Salah seorang kenalan itu ialah ahli perniagaan Tan Sri Lee Kim Yew pada Mei lalu berkata beliau disiasat di bawah undang-undang jenayah dan bukan sivil, memaksa beliau melepaskan asetnya untuk melangsaikan hutang cukai.
Dr Mahathir sendiri kini berdepan siasatan di bawah Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai kerugian berbilion ringgit Bank Negara Malaysia di bawah pentadbirannya hampir 30 tahun lalu. - FMT

5 comments:

  1. Ya Allah selamatkan run m. Lenyapkan umno.hukum najib

    ReplyDelete
  2. Run... Run... Run.. Pekong da nak terburai.. Hahahaha

    ReplyDelete
  3. takpe sabar semua pengikut TUN,takde apa yang nak ditakutkan jika tiada kesalahan yang dilakukan.dorang ada peranchangan sendiri Allah pun ada peranchangan Dia.kita berserah je pada Allah.

    ReplyDelete
  4. TUULAA BERSYARAH TAK PANDANG KIRI KANAN KAN DAH KENA

    ReplyDelete
  5. Tak dapat tanduk telinga dipulas.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com