innity

pages

Friday, August 4, 2017

SPRM enggan ulas dakwaan RM230 juta dalam akaun Zahid


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan mengulas dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pernah mempunyai RM230 juta dalam akaun banknya.
Tiada komen,” kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Mohamad Jamidan Abdullah.
Ditanya sama ada SPRM akan memanggil Mahathir, bekas perdana menteri keempat, Jamidan berkata:

"Kemudian, kemudian. Kita mungkin komen kemudian. Tiada masalah,” katanya.
Mahathir pada 2 Ogos mendakwa Zahid pada 1996 mengisytiharkan padanya memiliki sembilan angka dalam akaun bank dan memberi jawapan “kurang jelas” ketika ditanya sumbernya.
Mahathir membuat serangan itu selepas Zahid membangkitkan isu keturunan India Mahathir dengan mendakwa nama asal Pengerusi Pakatan Harapan itu adalah “Mahathir a/l Iskandar Kutyy”.

1 comment:

  1. Adakah Kamu nak tutup mata pencarian penjawat awam seperti SPRM?

    Zahid seperti najib pada bila2 masa boleh lakukan seperti berikut;
    1.tukar jabatan
    2.tukar ke bahagian pendalaman
    3.turun pangkat
    4.dibesarakan

    Inilah yg dilakukan oleh najib dan zahid terhadap penjawat2 awam yg menentang dan bersuara.

    Antara badan kerajaan adalah;
    1.BNM
    2.SPRM
    4.Polis
    5.kehakiman

    Oleh itu adalah penting mereka diberi kuasa bebas, berkuasa penuh untuk menyiasat dengan bebas,telus tanpa diganggu, diugut oleh najib zahid, umno dan bn.

    Ianya sejajar dengan kehendak agama, amanah rakyat dan juga membuang segala ketirisan, penyelewengan, rasuah dan skandal yg menyebabkan negara berhutang hampir 1 TRILLION ringgit disebabkan oleh najib, umno dan bn.

    Bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Caranya adalah...

    Mengundi Pakatan Harapan pada PRU akan datang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com