innity

pages

Tuesday, August 8, 2017

Tulisan Terbaru Tun M: Tak Tahu Malu

8 OGOS 2017
TAK MALU
1- Perasaan malu sudah tidak ada lagi di kalangan ramai anggota kerajaan hari ini. Mereka tak tahu malu walau apa pun kesalahan yang dilakukan oleh mereka, walau apa pun kebiadaban mereka.
2- Mereka didapati mencuri tetapi mereka tidak sedikit pun berasa malu. Didakwa mencuri, dibukti mencuri – tak mengapa.
3- Dunia panggil mereka pencuri, perasuah, penyangak – tak apa. Senyum sahaja.
4- Kerana perbuatan mereka, negara dihina, dinyatakan sebagai antara sepuluh buah negara yang tertinggi tahap rasuahnya – pun tak mengapa.
5- Negara dipanggil kleptokrasi, negara yang dipimpin oleh pencuri yang mencuri duit kerajaan – negara yang tidak lagi demokratik – tak mengapa.
6- Perdana Menteri, isteri, anak, kawan, didakwa selewengkan duit negara – okay.
7- Menteri, pegawai tinggi dituduh mencuri duit – tak apa. Tak ada sedikit pun malu walaupun tak dapat bertindak dengan saman malu ke atas yang menuduh. Ugut untuk ambil tindakan undang-undang tetapi tidak buat apa-apa, tak malu.
8- Ada pegawai yang naik pangkat atau dapat jawatan walaupun tidak layak, tidak mengikut aturan peraturan, bercanggah dengan undang-undang – tak malu.
9- Menerima duit yang dicuri, apa salahnya? Terima kasih. Cium tangan pemberi durian runtuh.
10- Diketahui mendapat pangkat atau jawatan kerana cekap membodek, sanggup melaksanakan arahan yang salah oleh boss, pun tak malu.
11- Maruah sudah tidak dijunjung lagi. Biarlah dihina, biarlah dipandang rendah, asalkan dapat duit, dapat tempat, dapat pangkat. Pedulikan maruah.
12-Masyarakat pandang jijik, menyampah – pedulikan. Sesungguhnya kerana mereka ini, bangsa menjadi bangsat di negara sendiri. Tak lama lagi bangsa bangsat ini kehilangan negara, menjadi penumpang di negara sendiri, anak cucu jadi kuli.
13- Ini pun tak mengapa kerana yang tak tahu malu tidak akan berasa malu menjadi pengemis, kuli di negara sendiri.

11 comments:

  1. Mak aaiii... mamak kutty meroyan royan sungguh.. melayu dilemma tu sapa sebenornya... tak tau malu punya mamak... bukti ade...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 805.. ko ni parasit yg x tau malu sma dgn pencuri n prasuah... idup bergalang bangkai tuii..

      Delete
    2. 8.05, Malu sebahagian dari iman,

      Malulah skit kalau najib dituduh mencuri, terangkan kepada rakyat sehingga mereka faham, apa yg najib dapat dengan perkataan kutty? Meroyan? mamak?

      Najib bayar (hasil duit curi, rakyat tak izinkan) ko macai...tulisan ko hanya sebabkan najib dan semah naik tekanan darah, tau tak?

      Jika benar najib tidak mencuri, hari ini terdapat berita mengatakan jho lo sedang bekerjasama dengan DOJ, INI KALI tak sempat PRU bungkus la ko najib.

      Adalah diharapkan, jho lo tidak diletupkan dengan c4, tidak ditembak dan lebih tragis tidak di tong simen kan.



      Delete
    3. NI LAH CIRI PENYOKONG BUTA NAJIB.TERLALU BUTA DENGAN KEADAAN DAN PERKEMBANGAN SEKITAR.BUTA DENGAN CASH IS KING TU.NAK MINTA BUKTI?BUKTI MEMANG ADA,TAPI DAH KENA OSA..TAPI ADA SATU BENDA DAH TERBUKTI..TERBUKTI YANG PENYOKONG NAJIB NI BANYAK YANG BIADAB DAN X ADA BUDI PEKERTI SEBAGAI MELAYU.DOK PANGGIL MAMAK KUTTY KAT ORANG TUA.MAMAK KE APEK KE BANGLA KE ETC.KITA SEBAGAI MELAYU NI KENA HORMAT KAT ORANG TUA.

      Delete
  2. Puak pakatan putus harapan ni klu gebang dan buat janji... babi pun boleh terbang.... kuutyy oo.. kuttyy

    kkikikiki....

    ReplyDelete
    Replies
    1. asik kikiki je..tak tahu ke 1mb mintak tempoh sampai hujung bulan ogos nak bayar hutang.
      tempohari ckp dalam 5 hari boleh bayar bila masalah teknikal dapat diselesaikan.la ni aper citer skarang?
      heran bebenor seh hantar orang gy mekah ada pulak duit tapi bab bayar hutang yelek....kikiki...

      Delete
    2. manusia jahil dan kufur sahaja yg menyokong pencuri n penyonglap n percaya cash is king!

      Delete


    3. Bagus la Malaysia cipta rekod baru.
      Tahun ni sambut hari kebangsaan dengan membayar hutang 1MDB kepada IPIC.

      MERDEKA!!!

      Delete
  3. 8:05
    Malu lah kamu jadi tukang jilat kasut najib dan rosmah. Apa kamu tak ada maruah ka? Dengan bayaran dedak kamu dapat kamu sanggup menghalalkan yg haram? Kamu sanggup jual bangsa jual negara hanya kerana nak sangat wang? Orang macam kamu ni sanggup jual emak bapak demi ketagihan dedak!! Nauzubillah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com