innity

pages

Tuesday, January 31, 2017

KPDNKK: Akaun Facebook nafi harga bahan api naik PALSU

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan mengeluarkan kenyataan harga minyak tidak akan naik bermula 1 Februari.
Satu posting terbaharu di Facebook sebelum ini mendakwa berita kenaikan bahan api itu palsu kerana harga petrol sebaliknya akan turun.
Posting berkenaan ditulis dalam bentuk pantun singkat, dimuat naik di akaun Facebook yang dikenali sebagai “KPDNKK”.
Ia menyatakan harga turun kepada RM2.85 seliter bagi RON95, RM2.05 seliter bagi RON97 dan RM1.99 seliter bagi diesel.
Awal hari ini, Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz memberitahu FMT, bahan api dan diesel kemungkinan besar akan naik bagi 2 bulan berturut-turut.
“Berdasarkan pengiraan kami, ia dijangka akan meningkat. Tetapi tiada yang rasmi lagi,” katanya.
Beliau diminta mengulas mengenai mesej WhatsaApp, yang meramalkan harga petrol RON95 naik 15 sen seliter kepada RM2.25, RON97 naik 5 sen kepada iaitu RM2.45 dan diesel naik 20 sen kepada RM2.25.
Pada 1 Jan, kos petrol RON95 naik 20 sen kepada RM2.10 seliter, manakala RON97 meningkat sebanyak 15 sen kepada RM2.40 seliter. Diesel juga menyaksikan peningkatan 20 sen kepada RM2.05 seliter. -FMT

Hadi tak hadir pertemuan PAS-PPBM esok kerana TAk TERLIBAT J/Kuasa Perbincangan

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan menyertai pertemuan parti Islam itu bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk membincangkan kerjasama antara kedua-dua parti pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Dalam perkembangan terbaharu, FMT diberitahu pertemuan yang dijadualkan berlaku pada Khamis diawalkan ke esok.
Delegasi PAS akan diketuai Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau berkata Hadi tidak akan menyertai perbincangan tersebut kerana tidak terlibat dalam jawatankuasa perbincangan.
Hadi bagaimanapun merestui perbincangan itu.
“Yang akan menyertai perjumpaan PAS dan PPBM ialah saya sendiri, Setiausaha Agung Datuk Takiyudin Hassan, Naib Presiden Idris Ahmad serta 2 lagi jawatankuasa PAS yang lain,” katanya ketika dihubungi FMT.
Hadi sebelum ini bertegas menolak kerjasama dengan DAP pada PRU akan datang, tetapi masih terbuka terhadap sebarang kemungkinan dengan PPBM.
Semalam PPBM dalam kenyataan berkata parti itu tetap bertemu PAS walaupun akar umbi parti marah susulan penghinaan PAS terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.
PAS turut mensasarkan memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen pada PRU akan datang. - FMT

VIDEO TMJ angkat kening sambil senyum Cetus Tanda Tanya ketika Annuar Musa DIGANTUNG MARA


Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tersenyum sambil mengangkat kedua-dua keningnya di sebuah lokasi kawasan lapang. 

Video tersebut dimuat naik Johor Southern Tigers di Facebook, hari ini. 

Tidak diketahui sebab mengapa TMJ bersikap demikian.



Tan Sri Annuar Musa saling balas membalas kenyataan melalui media dengan TMJ berhubung isu penajaan UniKL dan MARA sebelum ini.

Rupa-rupanya SPRM telah buka kertas siasatan terhadap Annuar Musa

Tahun lalu Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa hadir memberi keterangan kepada media di ibu pejabat SPRM di Putrajaya selepas menghantar dokumen mengenai isu pembelian hartanah di Australia oleh MARA. - Foto TRP/Daniel Chan
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa Tan Sri Annuar Musa yang digantung tugas sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) hari ini.
SPRM menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan bahagian audit dalaman Mara bagi menyiasat beberapa isu melibatkan isu rasuah dan salah guna kuasa oleh Annuar Musa.

Kenyataan akhbar SPRM.



“Ingin ditegaskan, siasatan SPRM hanya tertumpu kepada isu rasuah dan salah guna kuasa membabitkan penglibatan beliau dalam penajaan pasukan bola sepak Kelantan,” katanya di sini hari ini.
Sehubungan itu, SPRM meminta semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan kes tersebut dan memberikan ruang kepada SPRM bagi menjalankan siasatan. - K! ONLINE

Gantung Annuar, Menteri Jaga MARA kata Tak Tahu, Timb. Menteri Kesihatan Pula "Cekap" MENGULAS


MUAR 31 Jan. - Penggantungan tugas Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Pelaburan Mara Berhad (PMB) membuktikan ketelusan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, tindakan itu berbeza dengan kerajaan negeri Pulau Pinang yang menyaksikan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng masih meneruskan tugas biarpun sudah didakwa di mahkamah.

Menurut beliau, kes membabitkan Annuar hanya baharu dalam peringkat siasatan, namun penggantungan berkenaan dibuat bagi membolehkan pihak terlibat menjalankan siasatan secara terperinci.

Hilmi yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata demikian dalam sidang akhbar selepas meninjau fasiliti kesihatan di kawasan terjejas banjir di Pagoh, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE 



Sebelum ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan beliau tidak tahu menahu mengenai keputusan Majlis Amanah Rakyat (MARA) menggantung tugas pengerusi mereka, Tan Sri Annuar Musa.
Kata Ismail Sabri, beliau kini sedang menunggu laporan mesyuarat daripada Ahli Majlis MARA.
"Saya tak pasti apakah mesyuarat khas ada kuasa untuk menggantung pengerusi.
"Saya tidak tahu sama ada keputusan tersebut menggantung atau mencadang untuk menggantung.
"Setahu saya kuasa melantik pengerusi adalah di bawah kuasa menteri dan mendapat persetujuan perdana menteri.
"Saya yakin ianya termasuk memberhentikan pengerusi atau menggantung," katanya ketika dihubungi Malaysiakini, sebentar tadi.

Annuar batalkan program rasmi MARA di New Zealand


Tan Sri Annuar Musa membatalkan semua program rasmi MARA yang dihadirinya di New Zealand bagi menghormati penggantungannya sebagai Pengerusi MARA dan Pelaburan MARA Berhad (PMB), yang berkuat kuasa serta-merta, hari ini. 

Katanya, beliau baharu saja selesai bermesyuarat bersama Kolej Yayasan Saad dan Queenstown Recreational College (Otago University), hari ini dan esok dijadualkan bertemu Naib Canselor University of Auckland, sebelum berlepas pulang ke tanah air, Khamis ini. 

"Saya tidak tahu menahu hal mesyuarat khas ini dan saya juga belum mendapat maklum apa isunya. 

"Setakat ini, saya tidak pernah diminta apa-apa penjelasan oleh sesiapa, baik Ahli Majlis atau Menteri (Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob). 

"Mesyuarat Majlis dijadualkan pada 14 Februari ini dan saya bercadang untuk berbincang isu berkaitan tetapi nampaknya, Menteri memberi persetujuan untuk mesyuarat khas diadakan terlebih awal dan tanpa kehadiran saya. 

"Sebagai penjawat jawatan yang dilantik oleh Menteri, saya menerima keputusan ini secara berlapang dada, penuh kebertanggungjawapan terutama dalam rangka menjalankan tugas yang diamanahkan kepada saya," katanya dalam entri Facebooknya, hari ini. 

Annuar berkata, prinsip integriti dan amanah akan sentiasa beliau utamakan, selain akan membuat kenyataan selanjutnya minggu depan. 

"Insya-Allah... biar segalanya tenang dulu dan tidak perlu terburu buru," katanya. - BH


Tokong kecil menyerupai masjid dirobohkan Hari ini

Kerja-kerja merobohkan tokong itu dilakukan pukul 9 pagi oleh Pejabat Tanah dan Daerah Klang dengan bantuan Majlis Perbandaran Klang.

SHAH ALAM - Sebuah tokong Cina kecil yang menjadi kontorversi kerana menyerupai masjid di Jalan Makyong 5E/KU5, Bandar Bukit Raja di sini telah dirobohkan pagi tadi.
Kerja-kerja merobohkan tokong itu dilakukan pukul 9 pagi oleh Pejabat Tanah dan Daerah Klang dengan bantuan Majlis Perbandaran Klang (MPK).
Pengarah Komunikasi Korporat, Norfiza Mahfiz berkata, tokong itu telah dibina secara haram di tanah kerajaan tanpa mendapat kebenaran daripada MPK dan Pejabat Tanah dan Daerah Klang.
"Pemilik tokong itu telah diberikan notis pada 24 Januari lalu yang telah tamat tempohnya kelmarin dengan pemilik berjanji akan merobohkan sendiri selepas Tahun Baru Cina.
"Bagaimanapun, didapati binaan berkenaan masih ada dan tindakan perobohan adalah mengikut Akta Parit dan Bangunan," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. - K! ONLINE



JANGAN SAMPAI DUNIA PERCAYAKAN DAKWAAN TRUMP - Dr. Maza


JANGAN SAMPAI DUNIA PERCAYAKAN DAKWAAN TRUMP

Saya tidak mahu mengulas panjang tentang Trump dan falsafah pentadbirannya. Ramai yang sudah membantah tentang sikap dan langkah ekstrimis lagi rasis yang ditampilkan oleh beliau. Ini menunjukkan masih ramai penduduk dunia ini dari pelbagai latar agama, negara dan kaum yang mempunyai kewarasan dan nilai kemanusiaan.

Apa yang saya kagum ialah rakyat Amerika yang pelbagai latar belakang; datuk bandar, senator, artis, peguam dan ratusan ribu yang lain yang bukan beragama Islam turut membela hak rakyat muslim Amerika. Mereka bukan sekadar bersuara tetapi sanggup berkorban masa, tenaga, harta dan emosi untuk pembelaan tersebut. Mereka bukan sekadar tidak bersetuju bahkan berdemonstrasi, membawa isu ke mahkamah dan pelbagai langkah yang lain. Ini memberikan kesedaran kepada kita bahawa hubungan keinsanan ataupun kemanusiaan itu merentasi sempadan agama.


Persoalan, apakah kita dalam dunia muslim dapat menunjukkan contoh yang sama iaitu membela hak setiap insan tanpa mengira latar agama?!

Islam mengajar untuk adil kepada semua pihak tanpa mengira latar agama dan bangsa. Dunia Islam hendaklah menjadi model dalam hal ini. Pemikiran lapuk yang menganggap keindahan Islam itu hanya dapat dilihat dengan dipancung yang murtad, dipotong tangan pencuri dan direjam penzina semata, hendaklah dihentikan di dunia Islam. Itulah yang menyuburkan ideologi IS dalam dunia ini.
Keindahan Islam itu akan dapat dilihat apabila dunia muslim itu anti-rasuah, mempunyai urus tadbir yang baik, menjaga hak setiap warganya dan memelihara alam sekitar dan segala makhluk Allah yang lain. Itulah Islam yang menjadi rahmat untuk sekelian alam.

Jika ada muslim memikirkan kejayaan muslim itu dengan memancung yang tidak menyokong golongan mullah, memotong tangan pencuri dan merejam penzina tanpa bertungkus lumus memikirkan bagaimana membela hak setiap warga, memastikan kebajikan mereka, prinsip-prinsip kemanusiaan dan alam sekitar maka itu wajah Islam yang Trump mahu dunia percaya.

Mereka yang sibuk ingin menjelmakan Islam dalam wajah hukuman, permusuhan antara penganut agama, tidak menghormati hak pihak yang lain, membiarkan korupsi, menindas golongan minoriti, tidak mementingkan alam sekitar merupakan mereka yang secara tidak langsung menyokong misi Trump. 

Penduduk dunia ini ramai yang masih simpati dan membela umat Islam, maka marilah kita tampilkan wajah Islam yang tulen, yang harmoni yang benar-benar menjadi rahmat untuk sekelian alam. Dengan itu mereka semua pihak akan rasa berbaloi membela umat Islam.

DrMAZA.com

Pemuda Umno, PAS tak sertai demo anti-AS Jumaat ini


Pemuda Umno dan PAS tidak akan menyertai himpunan membantah sekatan imigresen Amerika Syarikat (AS) terhadap warganegara tujuh negara Islam, yang digerakkan Pakatan Harapan, Jumaat ini.
Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Razlan Rafii memberitahuMalaysiakini bahawa pihaknya tidak akan terlibat dalam sebarang pergerakan yang dianjurkan oleh pembangkang.
Walaupun pengkritik menyifatkan langkah Presiden AS Donald Trump itu sebagai “anti-Islam” dan bertentangan dengan hak asasi manusia, Razlan mempunyai berpandangan berbeza.
“Sekatan Trump terhadap tujuh negara itu isu kedaulatan.
“Kamu tidak boleh samakannya dengan isu kemanusiaan, seperti apa yang berlaku pada orang Rohingya di Myanmar,” katanya.
Ditanya kenapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih berdiam diri terhadap langkah itu, Razalan berkata Trump mempunyai hak mempertahankan kedaulatan AS selagi tidak mencetuskan krisis kemanusiaan.

“Jika AS mula bunuh orang yang tinggal di neagra mereka, Malaysia akan bertindak sama seperti kita kutuk kerajaan Myanmar,” katanya.

Pemuda PAS ambil langkah sendiri

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda PAS Mohd Khairul Nizam Khairuddin juga ketika dihubungi berkata mereka tidak akan menyertai himpunan HARAPAN itu.
Katanya, mereka akan mengambil langkah sendiri melarang bantahan itu.

“Parti lain mereka boleh buat apa yang mereka mahu,” katanya.

Beliau juga berkata PAS akan terus membangkitkan isu melibatkan kepentingan Islam dan umatnya, sama ada di peringkat dalaman atau luar negara.
Berkaitan kritikan terhadap pendirian Najib, Khairul Nizam berkata perkara itu harus dibangkitkan kepada perdana menteri sendiri.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS pula ketika ditanya penyertaan DAP dalam himpunan itu mempertikaikan langkah itu memandangkan DAP yang “anti-Islam”’ kini mahu menjadi wira dalam isu itu.

Ketua anggota parlimen DAP Limm Kit Siang dilapor mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana dikatakan menggelarnya anti-Islam.
Trump Jumaat lalu melaksanakan sekatan kemasukan 90 hari terhadap rakyat Iraq, Iran, Somalia, Syria, Libya dan Sudan untuk membendung “keganasan islamis radikal” dan menggantung program pelarian selama 120 hari.

Bantahan Jumaat nanti akan dilangsungkan di depan kedutaan AS di Kuala Lumpur. - MK

[GILO APO?] MENTERI TAK TAHU, Tak dimaklum Annuar Musa DIGANTUNG


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan beliau tidak tahu menahu mengenai keputusan Majlis Amanah Rakyat (MARA) menggantung tugas pengerusi mereka, Tan Sri Annuar Musa.
Kata Ismail Sabri, beliau kini sedang menunggu laporan mesyuarat daripada Ahli Majlis MARA.
"Saya tak pasti apakah mesyuarat khas ada kuasa untuk menggantung pengerusi.
"Saya tidak tahu sama ada keputusan tersebut menggantung atau mencadang untuk menggantung.
"Setahu saya kuasa melantik pengerusi adalah di bawah kuasa menteri dan mendapat persetujuan perdana menteri.
"Saya yakin ianya termasuk memberhentikan pengerusi atau menggantung," katanya ketika dihubungi Malaysiakini, sebentar tadi.
Menurut Ismail Sabri, beliau yakin keputusan mesyuarat berkenaan hanya bersifat cadangan.
Terdahulu, MARA dilaporkan menggantung tugas Annuar termasuk sebagai pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB), berkuat kuasa serta-merta.
Difahamkan keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat tergemparyang bermula sejak jam 9 pagi tadi di Ibu Pejabat MARA, di Kuala Lumpur.
Menurut laporan BH Online, mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Ahli Majlis MARA, Datuk Dr Yusof Yacob.
Ismail Sabri berkata, beliau akan mendapatkan pandangan daripada penasihat undang-undang mengenai perkara itu.
"Saya dimaklumkan tentang mesyuarat, tetapi tidak tahu apa agendanya," katanya.

[GEMPAR] MARA GANTUNG Annuar Musa Serta Merta Hari ini

Pengerusi Mara itu berkata beliau tidak dimaklumkan mengenai mesyuarat ahli majlis Mara, tetapi menerima keputusan itu.
KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) hari ini mengumumkan penggantungan tugas pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkuat kuasa serta merta.
Keputusan sebulat suara itu dicapai dalam mesyuarat ahli majlis Mara yang dipengerusikan Datuk Dr Yusof Yacob.
Ia di sebalik dakwaan Annuar, yang juga bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), menggunakan dana Pelaburan Mara Berhad (PMB) yang dipengerusikannya bagi menaja pasukan itu.
Annuar ketika dihubungi FMT, mengesahkan diberitahu mengenai keputusan menggantungnya, tetapi berkata beliau tidak dimaklumkan mengenai mesyuarat hari ini.
“Saya terima apa sahaja keputusan. Kita menjalankan tugas yang diamanahkan mengikut kerangka peraturan tertentu.
“Saya terbuka dalam soal ini,” kata Annuar yang kini berada di luar negara.
Tambahnya, beliau tidak pernah dipanggil memberikan penjelasan mengenai dakwaan itu sebelum ini, tetapi bersedia memberikan kerjasama untuk sebarang siasatan.
Annuar baru-baru ini terlibat dalam perang mulut dengan pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, selepas putera Johor itu mempersoalkan penggunaan “duit rakyat” untuk menyelamatkan pasukan Kelantan yang menghadapi krisis kewangan.
Tunku Ismail berkata Annuar perlu menjelaskan duit tajaan daripada Pelaburan Mara dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) “yang dipaksa menaja” pasukan Kelantan yang juga dikenali The Red Warriors.
UniKL merupakan pusat pengajian tinggi di bawah Mara.
Annuar pernah menafikan tuduhan menggunakan dana PMB dan UniKL.
“Mara tidak pernah menaja TRW, walau satu sen, logo Mara 50th dipamerkan di lengan jersi TRW 2016 diberi percuma kepada Mara, walaupun ruangan itu bernilai RM250,000.
“UniKL sebuah syarikat swasta tidak pernah menaja atau memberi biasiswa kepada pelajarnya, jadi tidak timbul ia menggunakan dana biasiswa atau tajaan,” kata Annuar pada 12 Januari. - FMT

Reaksi Netizen Isu Ahmad Idham PERSOAL PTPTN Sekat Peminjam ke Luar Negara


  • ahmad_idhamDlm masa 24jam posting di laman twitter saya perihal isu ini nampaknya medapat pelbagai respon. Sejujurnya memang saya risau akan masa depan graduan kita hari ini. Sy sering tertanya tanya ADAKAH dgn di jatuhkan sekatan imigresen pd graduan ini merupakan satu bentuk "hukuman utk mendidik" atau untuk menekan? Di katakan belia adalah masa depan negara. Adakah ini salah satu plan mendidik remaja utk persiapkan mereka dimasa depan? Terus terang saya amat risau akan module mendidik jika ini lah caranya.


  • rubeejazzmeanHutang tetap hutang tuan... kena usahakan cari jalan utk bayar..
  • schmodesttKesian tu memang kesian. Tapi berbalik kepada point utama, "dah pinjam, mesti kena bayar". Apa cara sekalipun kena gak bayar. Saya seorang peminjam gak, lama memganggur sebelum ni.
  • chentatyfaraainSokong 200%👍👍👍
  • ninahjhairaniSokong 100%
  • xxliesapeterxx💯💯💯
  • kokasihuruharaMcm2 peluang kerja ada..cuma nak tak nak je sekarang ni....alasan je tu
  • pndhielaBagaimana hidup
  • ahmad_idham@rubeejazzmean@schmodestt .. sy setuju bila dikatakan hutang tu hutang lah kan. Cuma tertanya tanya sikit, in the first place perlu ke di bebankan dgn hutang utk u all belajar.??? Then u all grad je dah ada hutang puluhan ribu ringgit di bahu dan u all ni baru je nak mula kerjaya...apa pilihan u all ada then?
  • starporium.univHubungi saya untuk Dapatkan produk selebriti
  • qhue_syafieqah👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻 sangat tepat
  • ms_karianna@ahmad_idham betul tu....bkn xnak byar kdg nak byar pun mkn pun xckup....bila kita dh mampu nak byar n nak tukar ujrah dh ada syart...nak suh byr min byrn/separuh byrn...time kita nak bayar byk plak syart..terus rasa semangat nak byar tu xda...ermmm.mcm mana nak buat sifu @ahmad_idham
  • mizspurpleSetuju tapi bukan 100% sebabnya ada juga yang budak kaya -raya liat nak bayar. Kalau yang susah cari Keja tue memang xpatut kerajaan blacklist. Bukan senang nak cari duit. Cari dapat baru 2k keluarnya berlipat2 ganda. Lagi-lagi jumps kawan kaki pinjam take reti bayar.Trauma dh kawan orang can nie.
  • nurulathirah713Sokong 100%!!!!
  • annur_fatimah90sokong 100%
  • n4ineeSokong 100%
  • anatitajudinSokong 😖
  • schmodesttEncik @ahmad_idham OK ni maybe masalah pada T&C yang ditetapkan PTPTN bila tempoh masa untuk start bayar loan tu sangat singkat. Maybe a few months je lepas grad dah kena start bayar. Sedangkan keje belum pasti dapat kan dalam tempoh tu. Tempoh bayaran balik ni perlu dipanjangkan lagi. Pilihan lain x ada .. huhu
  • ciyungYer betol ...saya setuju...x patot rase nyer buat mcm tu dgn keadaan peluang pekerjaan yg susah...nak² fresh graduate mcm kami tiada pngalam bekerja...kbnyakan time iv mesti tnye pngalaman bkerja ape...aduii
  • mohamad_razi.irTerima kasih kerana risaukan umat @ahmad_idham 😢
  • ladiesjunesy stuju sb sy yg msih blm konvo ni pn sdh mencari kerja part time utk survive sbb tw before konvo pn dh mula wajib membyr ptptn





Pertemuan BERSATU-PAS Esok, TAPI Mampukah PAS ABAIKAN UMNO yang telah .......

Bersatu dan Pas akan mengadakan pertemuan rundingan kerjasama menjelang PRU14, esok.

Perkara itu disahkan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Kamarudin Mohd Noor ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Abdul Awang mendakwa Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya mahu mempertahankan kedudukan tanpa mempedulikan Islam.

“Oleh kerana wakil-wakil Bersatu dan Pas akan bertemu dalam rundingan berikutnya, saya fikir elok saya tidak mengeluarkan sebarang ulasan mengenai kenyataan tersebut.

“Insya-ALLAH kita lihat apa hasilnya selepas pertemuan itu,” katanya.
Sebelum ini, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad masih berlapang dada untuk meneruskan perbincangan pada 2 Februari ini walaupun dikecam pemimpin kanan PAS dan membidasnya sebagai angkuh dan diktator.
Malah, Dr Mahathir turut mengakui sesetengah pemimpin PAS berhasrat untuk mensabotaj kerjasama di antara parti Islam itu dan PPBM.
Selian itu, Pemuda Amanah mendakwa PAS tidak ikhlas dalam usaha menumpaskan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Ketua Pemuda Amanah Mohd Sany Hamzan berkata, ia susulan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapannya semasa mesyuarat presiden dan peristiwa PAS Kedah di Kota Sarang Semut.
Hadi yang juga ahli Parlimen Marang, dilaporkan berkata di samping mensasarkan 40 kerusi Parlimen, parti itu ingin mahu mengekalkan kuasa di Kelantan dan menguasai semula Terengganu dan Kedah.
Sany berkata Hadi juga mengakui ia sesuatu yang sukar bagi PAS untuk mendapatkan majoriti 112 kerusi dan mentadbir sendirian.
Beliau berkata, ini menunjukkan PAS sedar ia tidak dapat memerintah dengan pendekatan politik semasa.
“Secara tidak langsung, PAS memberikan penyokongnya harapan palsu terhadap keupayaan parti itu merampas kerajaan daripada tangan BN.
“Penyokong dan ahli PAS perlu berfikir secara rasional mengenai realiti parti itu yang semakin semakin jauh daripada aspirasi rakyat bagi perubahan negara ini,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Beliau berkata rakyat Malaysia perlu sedar PAS tidak mempunyai hasrat memimpin negara ini dan menyokong mana-mana pihak yang hanya akan membantutkan usaha menggulingkan BN.
“Rakyat perlu menyokong pakatan pembangkang yang benar-benar komited membawa perubahan dan menolak pihak yang tidak komited ketika menghadapi Barisan Nasional.”

BANTAH Sekatan Muslim oleh AS, DAP serah Memorandum Jumaat ini




DAPSY akan Menyampaikan Memorandum Bantahan Mengenai Sekatan Muslim oleh Amerika Syarikat
- - - - -
Pemuda Sosialis DAP membantah perintah eksekutif yang dikeluarkan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Perintah eksekutif tersebut akan menyekat kemasukan Muslim daripada beberapa negara majoriti Muslim dan sekatan tersebut juga melibatkan mereka yang memiliki 'kad hijau' pemaustatin tetap dan visa-visa lain yang diperoleh secara sah oleh Jabatan Imigresen Amerika Syarikat.
Tindakan oleh Presiden Trump ini bersifat diskriminatif dan mencabuli hak asasi manusia.
Perintah ini juga akan memberi kesan ke atas pelarian - mereka yang sedang memasuki dan juga mereka yang telah pun mendapat keizinan untuk mendapatkan suaka di Amerika Syarikat. Sekatan ini juga bercanggah dengan nilai-nilai demokratik yang dijuarai oleh Amerika Syarikat.
Sebagai sebahagian daripada masyarakat dunia dan pendokong demokrasi, adalah tanggungjawab kita untuk menunjukkan solidariti kepada mereka yang terkesan dengan dasar yang tidak munasabah ini.
Kami akan menghantar memorandum kepada Kedutaan Amerika Syarikat pada hari Jumaat ini. Sertai kami dan sokong perjuangan yang berhasrat untuk memulihkan hak asasi manusia tanpa mengira agama dan kepercayaan.
Hari: Jumaat, 3hb Februari 2017
Masa: 2.30pm (selepas solat Jumaat)
Lokasi: Kedutaan Amerika Syarikat, 376, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

Monday, January 30, 2017

VIRAL: Pokok Import dari Brasil berharga RM180,000 sebatang di tanam di Terengganu

Tiga pohon ‘benang sutera’, atau Ceiba chodatii, yang dianggap mercu tanda bandar Kuala Nerus menjadi kerana difahamkan ia berharga RM180,000 sebatang. — Foto ihsan Facebook/Zakaria Dagang 
KUALA TERENGGANU, 30 Jan — Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu menafikan pembelian pokok Ceiba chodatii yang menjadi mercu tanda Bandar Baharu Kuala Nerus melibatkan sebarang kos kewangan kerajaan negeri.
Pengarah JKR Terengganu Ir Ab Hamid Md Daud sebaliknya berkata pembelian pokok yang diimport dari Brazil itu ditanggung kontraktor utama projek itu dan ia juga tidak termasuk dalam skop projek.
“Sehubungan itu, orang ramai diminta tidak lagi membuat sebarang spekulasi liar berhubung isu pokok berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Isu pokok ‘benang sutera’ berkenaan tular di media sosial selepas orang ramai mendakwa penanaman tiga batang pokok berkenaan sebagai mercu tanda bandar Kuala Nerus merupakan satu pembaziran kerana difahamkan pokok berkenaan berharga RM180,000 sebatang.
Sementara itu pergerakan Pemuda Umno Terengganu dalam kenyataan berasingan menggesa kerajaan negeri supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah berhubung isu pokok berkenaan.
Ketuanya Mohd Johari Abu Bakar berkata tuduhan tidak berasas itu dibuat oleh seorang pemilik akaun Facebook yang mendakwa kononnya menteri besar terlibat dalam isu tersebut.
“Tindakan undang-undang perlu diambil kerajaan negeri supaya dapat memberi pengajaran kepada orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya membuat fitnah menerusi media sosial.
“Pemuda Umno Terengganu memandang serius gejala fitnah yang semakin membarah dalam media sosial.
“Saya mengharapkan agar kerajaan negeri akan dapat segera memulakan proses undang-undang bagi membawa si pelaku ke muka pengadilan,” katanya. — Bernama 
- themalaymailonline
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com