innity

pages

Wednesday, April 25, 2018

[KERAJAAN atau PASARAN YANG TENTUKAN?] Harga minyak kekal lima minggu berturut-turut menghadapi PRU14


Harga runcit minyak di negara ini tidak berubah untuk minggu kelima berturut-turut.
Menurut pengumuman Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, RON95 dijual pada harga RM2.20 seliter dan RON97 pula RM2.47 seliter.
Harga jualan runcit diesel pula masih RM2.18 seliter.
Pengekalan harga itu ketika lagi dua minggu rakyat Malaysia akan keluar mengundi pada 9 Mei.
Penetapan harga petrol dan diesel dibuat secara mingguan mulai 30 Mac tahun lalu.


[SISTEM PILIH CALON CORRUPTED] Surat terbuka mengapa saya tinggalkan JASA



Alhamdulillah hari ini hari terakhir saya di JASA. Saya tidak mengubah keputusan untuk meletak jawatan. Memang, ramai juga yang akan mengutuk saya. Saya tetap tabah.

Berakhirlah riwayat saya di JASA. Tempat panas sehinggakan DAP membawa usul ke Parlimen di sidang Parlimen terakhir awal tahun ini supaya JASA dibubarkan. Sebelum ini dalam bajet Pakatan Harapan (HARAPAN) mereka mencadangkan supaya JASA ditutup sahaja.
Kalau mahu disebut satu persatu memang banyak yang telah dilakukan sehingga JASA semakin dikenali termasuk di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak dan juga di kalangan pelajar Malaysia di luar negara.
Apakah saya marah dan merajuk? Itulah tuduhan oleh mereka yang tidak mengikuti sejarah saya.
PRU tahun 1999 nama saya dipotong di saat akhir kerana saya dituduh penyokong Anwar kerana pernah menjadi guru di sekolah beliau Yayasan Anda Akademi. Saya tidak lari.
PRU 2004 nama saya langsung tidak tersenarai walaupun ketika itu saya adalah Timbalan Ketua dan Setiausaha Politik Menteri Besar Johor (Tan Sri Abdul Ghani Othman). Saya juga meletakkan jawatan sebagai setiausaha politik serta merta. Tetapi saya juga tidak lari.
PRU 2013 saya kalah kerana tsunami Cina. Ramai tokoh lain juga kalah tetapi mereka tetap dapat bertanding kali ini. Saya juga tidak lari.
Pada PRU 2018 ini, saya digugurkan dalam tempoh 24 jam setelah menerima panggilan dan sebelumnya ditemui oleh Tan Sri Fatmi Salleh yang mengesahkan pencalonan saya. 

Pengguguran saya berlaku tanpa perundingan walaupun saya adalah ahli Majlis Tertinggi Umno, ketua pengarah JASA dan ketua bahagian.
Sebab itu saya berani mempersoalkan sistem memilih calon kali ini adalah ROSAK

Sebab itu apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa saya digugurkan kerana berlaku kerosakan sehingga sokongan terhadap BN merosot di Parlimen Batu Pahat maka ia meyakinkan saya sistem memilih calon Umno kali ini adalah rosak dan corrupted.
Bagaimana dikatakan berlaku kerosakan sedangkan Umno Batu Pahat berjaya menambah dan memindah pengundi hampir 7,000 orang sehingga menyebabkan Parlimen Batu Pahat menjadi top five pertambahan tertinggi pengundi Melayu di Johor.
Apakah saya akan dikenakan tindakan disiplin kerana menjawab komen TPM secara terbuka?
Kalau begitu kenapa bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang membawa usul supaya Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dipecat sebagai MB tidak dikenakan tindakan dan dicalonkan semula.
Memang sistem kita rosak sehingga calon tidak bermoral dipilih. Calon yang tidak membantu parti juga terpilih.
Walaupun mempertahankan kerajaan melalui JASA seperti tidak berbaloi tetapi meletakan jawatan adalah langkah terbaik.
Terima kasih kepada seluruh staf JASA kerana bekerja sama dengan saya siang dan malam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan dedikasi.
Maafkan saya kerana memimpin JASA dengan cara yang keras dan tegas. Allah juga yang akan membalas pengorbanan anda semua. UNTIL I WIN.

DATUK MOHD PUAD ZARKASHI ialah anggota Majlis Tertinggi Umno dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Mohd Puad LETAK JAWATAN KP JASA kerana tak tercalon

Mengakui kecewa, Mohd Puad berkata, meskipun mempertahankan kerajaan melalui Jasa, ia seperti tidak berbaloi tetapi meletakkan jawatan adalah langkah terbaik. - Gambar fail
0

SHAH ALAM: Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi meletakkan jawatan beliau sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), berkuatkuasa hari ini.

Pengumuman itu dibuat beliau menerusi kenyataan di laman sosial Facebook menerusi catatannya yang berjudul 'Hari terakhir di Jasa'.

"Alhamdulillah hari ini hari terakhir saya di Jasa."Saya tidak mengubah keputusan untuk meletak jawatan. Memang, ramai juga yang akan mengutuk saya. Saya tetap tabah. Berakhirlah riwayat saya di Jasa," katanya yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Mengimbau kembali 'pahit manis' sepanjang memegang jawatan itu, Mohd Puad merupakan Ketua Umno Batu Pahat berkata, Jasa merupakan 'tempat panas' sehinggakan DAP membawa usul ke Parlimen di sidang Parlimen terakhir awal tahun ini supaya Jasa dibubarkan.


"Sebelum ini dalam bajet Pakatan Harapan mereka mencadangkan supaya Jasa ditutup sahaja," katanya.

Jelasnya, sekiranya mahu disebut satu persatu memang banyak yang telah beliau lakukan sehingga Jasa semakin dikenali termasuk di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak dan juga di kalangan pelajar Malaysia di luar negara.

"Apakah saya marah dan merajuk? Itulah tuduhan  mereka yang tidak mengikuti sejarah saya. PRU tahun 1999 nama saya dipotong di saat akhir kerana saya dituduh penyokong (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) kerana pernah menjadi guru di sekolah beliau Yayasan Anda Akademi. Saya tidak lari," katanya lagi.

Dalam pada itu, mengakui kecewa Mohd Puad berkata, meskipun mempertahankan kerajaan melalui Jasa, ia seperti tidak berbaloi tetapi meletakkan jawatan adalah langkah terbaik.

"Terima kasih kepada seluruh staf Jasa kerana bekerja sama dengan saya siang dan malam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan dedikasi."Maafkan saya kerana memimpin Jasa dengan cara yang keras dan tegas," katanya.

BACA: Mencari 'kiblat' asal dalam perjuangan kepemimpinan Jasa 

Sebelum ini, apabila nama Mohd Puad tidak dicalonkan sebagai calon BN dalam PRU14, timbul spekulasi beliau akan bertanding sebagai calon Bebas.

BN mencalonkan Ketua Wanita Batu Pahat, Haliza Abdullah sebagai menggantikan Mohd Puad yang tewas pada PRU13 kepada calon PKR, Datuk Mohd Idris Jusi dengan majoriti 1,524. - Astro Awani

[DIA KATA LETAK JAWATAN] Kayveas dilucut jawatan sebagai Presiden MyPPP


Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (MyPPP), Tan Sri M. Kayveas dilucutkan jawatan serta merta daripada menerajui parti kompenen Barisan Nasional (BN) tersebut berikutan perjuangannya yang lebih bersifat peribadi.
Setiausaha Agung MyPPP, Datuk K. Mohan berkata, Kayveas mempergunakan kedudukannya sebagai Presiden parti untuk memuktamadkan pelbagai keputusan tanpa berbincang dengan kepimpinan parti terlebih dahulu.
Berikutan itu, Ahli Majlis Tertinggi MyPPP telah sebulat suara bersetuju untuk melucutkan kesemua jawatan Kayveas dan keanggotaannya dalam parti berkuatkuasa serta-merta,” katanya pada sidang akhbar MyPPP di Hotel Armada di sini sebentar tadi.
Terdahulu, Kayveas menerusi laman media sosial, Twitter mendakwa telah meletakkan jawatan sebagai Presiden MyPPP serta Penasihat Negeri Perak.
Menerusi status itu, Kayveas turut melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi MyPPP Wilayah Persekutuan. - K! ONLINE

[PROTES] Ahli Umno BUANG bendera BN, tutup bilik gerakan di Gua Musang

GUA MUSANG: Pimpinan akar umbi di kubu kuat Tengku Razaleigh Hamzah, Gua Musang, menutup bilik gerakan Barisan Nasional (BN) di sini sebagai tanda protes terhadap pucuk pimpinan Umno kerana menggugurkan penyandang kerusi negeri Paloh, Datuk Nozula Mat Diah selepas 28 tahun berkhidmat.
Isnin lalu, pekerja jentera BN turut bertindak menurunkan bendera parti di pusat daerah mengundi (PDM) Jeram Tekoh, sebaliknya menaikkan bendera PAS sebagai tanda protes.
Seramai 12 ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) di kerusi negeri Paloh turut meletak jawatan selain enggan membantu kempen pilihan raya.
Dihubungi FMT, pemimpin Umno di Gua Musang berkata rasa tidak puas hati itu bukan sahaja berlaku di Paloh sebaliknya di seluruh kawasan Parlimen itu.
Selain Paloh, Gua Musang yang disandang veteran Umno Tengku Razaleigh selama lebih 4 dekad turut memuatkan kerusi negeri Galas dan Nenggiri.
Seorang pemimpin Umno di Gua Musang yang enggan namanya didedahkan berkata punca utama krisis dalaman di kawasan itu ialah kesilapan percaturan oleh Tengku Razaleigh, yang juga ketua Umno bahagian di situ.
Ramai lagi di peringkat bawah penyokong BN tak puas hati dengan Tengku Li. Presiden parti (Datuk Seri Najib Razak) sendiri tidak berani masuk campur pemilihan calon di sini, Pengerusi Umno Kelantan (Datuk Seri Mustapa Mohamed) tidak berani campur, sebab kuasa mutlak kepada Tengku Li.
“Sepatutnya Tengku Li memainkan peranan jelas dalam hal ini,” katanya kepada FMT.
Menurutnya, beberapa hari sebelum pengumuman calon Paloh, Norzula dimaklumkan oleh Tengku Razaleigh akan kekal bertanding di Paloh.
“Tetapi 2 hari sebelum pengumuman calon, Timbalan Pengerusi BN Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berjumpa Norzula dan beritahu beliau tidak dicalonkan.
“Rakyat Paloh rasa tertipu,” katanya.
Menurutnya, rasa tidak puas hati turut wujud di Galas dan Nenggiri apabila penyusunan calon dibuat “dengan cara tidak betul”. - fmt

Wajarkah JASA diyakini lepas Umno pun tak percaya Puad?

Keputusan BN tidak memilih Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) sebagai salah seorang calon mereka dalam PRU ke-14 ini turut menghantar mesej yang lain.
Bekas pengarang kumpulan New Straits Times (NST) Mustapha Kamil Mohd Janor berkata tanpa menyertakan nama Datuk Dr Puad Zarkashi sebagai salah satu calon Umno, itu menunjukkan Umno sendiri tidak yakin kepada kebolehan tokoh berkenaan.
Justeru katanya jika Umno sendiri berasa ragu kepada Puad, perlukah masyarakat percaya kepada penjelasan dibuat JASA mengenai isu-isu semasa yang melibatkan negara.
"Jika Umno sendiri tidak yakin pada kebolehan ketua propaganda kerajaan itu di kawasan Batu Pahat, haruskah kita yakin akan penerangan-penerangan JASA ini tentang perkara-perkara yang melibatkan seluruh Malaysia?
"Ke hulu ke hilir selama ini JASA mempertahankan 'kesucian' 1MDB misalnya," katanya dalam satu status dimuat naik di Facebook hari ini.
Puad ialah seorang tokoh kanan dalam Umno yang pernah diberi kepercayaan sebagai timbalan menteri pelajaran sebelum tewas di Batu Pahat dalam PRU ke-13 lima tahun lalu.
Banyak serang Mahathir
Puad dikalahkan calon PKR Datuk Idris Jusi dengan kelebihan 1,732 undi. Untuk rekod pada PRU ke-12 Puad mempertahankan kerusi berkenaan dengan majoriti 12,968 undi.
Selepas kalah beliau dilantik mengetuai JASA sebagai ketua pengarah. Jabatan itu terletak di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Walaupun kini menjadi anggota Majlis Tertinggi Umno dan ketua bahagian Batu Pahat nama Puad tercicir daripada calon parti itu.
Apabila PRU ke-13 berlangsung pada 9 Mei ini nama calon mewakili BN di Batu Pahat ialah ketua wanita Umno bahagian itu, Haliza Abdullah.
JASA - melalui Puad dan pegawainya - banyak mempertahankan kerajaan Datuk Seri Najib Razak dalam isu-isu semasa. Selain mengenai 1MDB mereka juga gigih menyerang pembangkang terutama bekas presiden Umno sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sementara itu Mustapha Kamil juga mengulas mengenai serangan disasarkan BN terhadap Dr Mahathir.
Kumpulan bungkor bekerja
Katanya BN kelihatan sangat gerun kepada bekas perdana menteri selama 22 tahun itu dan memainkan isu usia dan kemampuannya bekerja dalam tempoh lama.
"Berkerja 24 jam ini bukan semestinya bermakna rajin atau bertenaga. Ia juga boleh membawa makna sama da ia bodoh dalam mentadbir masanya, atau memang bodoh dari segenap segi.
"Tapi itulah. Dipadamkan segala sejarah yang dicatit orang tua itu kononnya supaya generasi kini tidak tahu siapa dia," katanya.
Mustapha Kamil juga berkata BN boleh 'memadamkan' sumbangan dan jasa dicurahkan Dr Mahathir selama ini dan dituduh sebaga punca segala masalah dialami negara.
Kini kata Mustapha Kamil gambar Dr Mahathir juga 'digeruni' sehingga ia tidak disiarkan di media massa kecuali dalam bentuk negatif.
"Berjayakah kerja-kerja kumpulan bungkor (bodoh) ini? Nampaknya tidak.
"Ramai yang tak perlu tengok gambar orang tua itu lagi kerana wajahnya dan jasanya ada terpahat dalam ingatan mereka.
"Letaklah sederetan gambar pendekar di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan itu dengan kata-kata Hebatkan Negaraku sekalipun, tapi yang banyak didengar tetap: Alah... lebuh raya itu pun orang tua itu yang buat". - MK

HOTEL PERCUMA BALIK MENGUNDI: Hotel RASA tawar bilik percuma untuk anak jati Melaka pulang mengundi


Rosa Malacca Hotel menawarkan 60 bilik percuma bagi anak jati Melaka yang berada di luar negeri itu, agar pulang ke rumah dan menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Pengarah Eksekutifnya B. Sharavana Kumar berkata hotel itu menawarkan 60 bilik percuma kepada pengundi yang boleh memuatkan 130 orang dengan mendaftar masuk pada 8 Mei dan pendaftaran keluar pada 9 Mei, dan kini 50 peratus telah ditempah.
"Hanya bilik sahaja percuma, dan mereka yang layak mesti mempunyai kad pengenalan tertera alamat di Melaka dan haruslah pengundi berdaftar yang sah. Mereka juga perlu membuktikan mereka bertugas di luar Melaka," katanya kepada Bernama di sini.
Sharavana berkata hotel itu yang terletak di Jalan Parameswara, membuat tawaran berkenaan sejak Jumaat lepas.
"Kami rasa tentunya sukar bagi pengundi yang bekerja di luar Melaka, terutama mereka yang menetap di Singapura, Johor dan bandar-bandar lain, untuk membuat perjalanan sehari hanya untuk mengundi.
"Tambahan pula hari itu adalah cuti umum, kadar hotel lebih mahal, jadi dari situlah idea ini tercetus dan menukarnya sebagai tanggungjawab sosial korporat hotel yang akan menggalakkan orang ramai untuk pulang mengundi," katanya lagi.
Mengenai peraturan ketat yang dikenakan, beliau berkata ia adalah bagi memastikan tawaran itu tidak disalahgunakan.
Sharavana berkata mereka yang berminat boleh hubungi Jiha melalui WhatsApp  di talian +60122721026 untuk tempahan. - Bernama

[SAYA AMAT DUKACITA] Puad pertikai kenyataan TPM, Zahid

PRU14 | Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menzahirkan rasa dukacita beliau dengan kenyataan Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Zahid Hamidi semalam yang mengulas keputusan parti itu tidak meletakkan Puad sebagai calon di Batu Pahat pada pilihan raya umum ini.
"Saya amat dukacita terhadap komen TPM (Zahid) bahawa keadaan di Parlimen Batu Pahat adalah semakin parah dari segi kerosakan dan hakisan sokongan terhadap BN.
"Ia menidakkan kejayaan Umno Batu Pahat menambah keahlian baru dan antara bahagian yang tertinggi menambah jumlah pemilih baru di Johor.
"Justeru saya mempertikaikan kredibiliti metodologi penilaian yang beliau gunakan," kata Puad dalam suatu hantaran Facebook malam ini.
'Calon kontroversi isu moral peribadi'
Tanpa menyebut nama, Puad bertanyakan Zahid jika meletakkan "seorang calon kontoversi" berkait isu moral peribadi boleh menjamin kemenangan BN.
"Saya ingin bertanya kepada TPM (Zahid), apakah dengan meletakkan seorang calon kontroversi yang dikaitkan dengan isu moral peribadi boleh menjamin kemenangan?
"Dan apakah dengan meletakkan seorang lagi calon yang selama lima tahun tidak membantu bahagian dalam menjaga parti, memulaukan Persidangan Perwakilan Tahunan Bahagian selama lima tahun berturut turut dan lain lain adalah wajar?"
"Di mana hebatnya kaedah penilaian beliau?" Soal ketua Umno Bahagian Batu Pahat itu.
Puad menjelaskan beliau tidak merajuk kerana tidak menjadi calon, selain memberi amaran untuk tidak menjadikan pemilihan calon PRU14 sebagai agenda persiapan menghadapi pemilihan parti Umno.
"Ini bukan soal merajuk.
"Jangan jadikan pemilihan calon pilihanraya sebagai agenda persiapan untuk menghadapi pemilihan parti. Buruk padahnya," tegas beliau.
Semalam, Zahid dilaporkan berkata dengan meletakkan calon lain untuk bertanding di kawasan parlimen itu, BN berharap mereka akan dapat merampas semula kawasan berkenaan dari tangan PKR.
Puad pernah menjadi anggota parlimen Batu Pahat selepas menewaskan calon PAS, Muhammad Abdullah dengan majoriti sebanyak 12,968 undi pada 2008 ketika PRU-12.
Bagaimanapun, beliau gagal mempertahankan kerusi itu pada PRU13 selepas tewas dengan calon PKR, Datuk Mohd Idris Jusi yang menang dengan majoriti 1,524 undi.

Kenapa PAS berkerjasama dengan DAP, bukan UMNO


Inilah politik, semasa sayang, semua elok. 






(PDM UMNO DITUTUP, BENDERA BN DITURUNKAN) 12 ketua PDM DUN Paloh letak jawatan


GUA MUSANG: Semua 12 ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Dewan Undangan Negeri Paloh meletakkan jawatan selain enggan membantu kempen pilihan raya untuk Barisan Nasional selepas bekas ADUN Paloh, Datuk Nozula Mat Diah digugurkan daripada senarai calon.

Bukan sahaja itu, beberapa kawasan di DUN Paloh juga menyaksikan rakyat melakukan protes dengan menurunkan bendera Barisan Nasional (BN).

Malah, tinjauan Astro AWANI menunjukkan sejumlah 200 penyokong Nozula berhimpun di kediaman pemimpin itu di Felda Chiku 3, Gua Musang, Kelantan bagi menyatakan solidariti dan sokongan selepas namanya digugurkan.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamad dijangka akan bertemu dengan Nozula bagi membincangkan kemelut (penurunan bendera BN dan PDM ditutup) hari ini.

"Tetapi bila mereka (penyokong) dengar khabar Datuk Pa (Datuk Seri Mustapa Mohamad) nak datang jumpa saya nak menyelesaikan masalah dan kemelut hari ini yang mana semua di DUN Paloh telah menurunkan bendera dan peti undi ditutup.

"Jadi, dengan perbincangan saya dengan Datuk Pa ini, mungkin dapat menyelesaikan masalah ini kerana perkara ini (penurunan bendera BN dan PDM ditutup) tidak dirancang. Bukan sahaja DUN Paloh, tetapi DUN Nenggiri, kerana mereka menghadapi masalah sama," katanya kepada Astro AWANI, pada Selasa.

Nozula merupakan ADUN paling lama berkhidmat untuk BN di Kelantan iaitu sejak tahun 1990 dan beliau satu-staunya penyandang yang digugurkan kali ini.

Tempat Nozula digantikan dengan Setiausaha Sulit Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Amran Arifin.
KEPUTUSAN PRU 13 05 MEI 2013
N44
PALOH
Nozula Mat Diah
7,847
Amran Ab Ghani
3,910







P32
GUA MUSANG
N43
N44
N45
 EMBED
 KONGSI
KLIK DI SINI UNTUK KEPUTUSAN PENUH DAN
TERKINI PILIHAN RAYA
KEPUTUSAN PRU 12 08 MAC 2008
N44
PALOH
Nozula Mat Diah
5,697
Reizal Abdul Rahim
2,864







P32
GUA MUSANG
N43
N44
N45
 EMBED
 KONGSI
KLIK DI SINI UNTUK KEPUTUSAN PENUH DAN
TERKINI PILIHAN RAYA

Tuesday, April 24, 2018

Ada tanya, kenapa PAS buat 'BERHALA", sila komen




Kecoh nak robohkan patung Helang di Langkawi suatu ketika dahulu

PAS LARANG PATUNG HELANG 

Seorang veteran PAS bercanggah pendapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai tugu helang di Pulau Langkawi, dan bertegas binaan seperti itu akan mengundang “maksiat” dan “fitnah”.

“Patung helang atau apa-apa patung jua adalah dilarang. Adanya patung mendekatkan orang kepada maksiat,” kata bekas pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Subky Latif, dalam penulisannya yang diterbitkan Harakahdaily, lidah rasmi parti itu.

Awal bulan ini, Dr Mahathir mempersoalkan gesaan beberapa pihak supaya patung dan tugu dirobohkan kononnya kerana melanggar hukum Islam.

Bekas perdana menteri itu berkata tindakan itu tidak akan menjadikan umat Islam lebih warak.

“Sehingga kini, tidak ada orang Islam yang bersembahyang atau menyembah tugu helang di Langkawi. Merobohkannya tidak menjadikan orang Melayu lebih Islam,” kata Dr Mahathir.

Ia susulan gesaan beberapa pemimpin agama kerajaan yang mempersoalkan kewajaran mengekalkan tugu helang setinggi 12 meter di Dataran Lang, yang menjadi mercu tanda Pulau Langkawi.

Bagaimanapun, Subky berkata sama ada sesuatu patung dijadikan sembahan atau tidak, ia “mendatangkan fitnah” kerana “boleh jadi disembah orang setengah orang khususnya penyembah berhala”.

“Patung adalah makhluk yang Allah tidak suka. Ia adalah barang maksiat. Ada maksiat dosanya bagi orang yang membuat maksiat itu. Tetapi ditanggung oleh semua termasuk orang yang terlibat dengannya seperti patung itu. Kita tidak membuat dan tidak suka padanya, tapi dibiarkan depan mata dosa dapat oleh semua,” kata Subky.

Ibu bersalin dapat CUTI 2 TAHUN jika Mohd Amar jadi PM



Satu lagi tawaran daripada pemimpin kanan PAS - andainya beliau menjadi perdana menteri.

Menurut Datuk Mohd Amad Nik Abdullah, kerajaan PAS boleh memberikan cuti bersalin kepada wanita selama dua tahun berbanding 90 hari yang diberikan kerajaan sekarang.
Untuk sektor swasta pula peraturan setakat ini mengehadkan cuti bersalin kepada 60 hari walaupun kerajaan sudah menyatakan untuk meminda undang-undang bagi mewajibkan ia ditukar kepada 90 hari.
Berucap di majlis pelancaran Manifesto PAS Kelantan di Kota Bharu, Mohd Amar berkata langkah itu boleh menjadi kenyataan jika beliau dilantik menjadi perdana menteri.
"So lagi ambo (satu lagi saya) baru isytihar - Malaysiakini tak isytihar (lapor) lagi - iaitu kalau ambo jadi perdana menteri memerintah Malaysia, nak bagi cuti bersalin dua tahun," katanya disambut ketawa orang ramai yang menghadiri majlis berkenaan.
Majlis itu disiarkan secara langsung di Facebook.
Menegaskan lebih lanjut hasratnya itu Mohd Amar yang juga naib presiden PAS berkata ketika ini Kelantan tidak dapat melaksanakan dasar itu kerana terikat dengan pelbagai kekangan seperti dasar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
"Tapi kalau kita perintah Malaysia, kita boleh ubau suai peratuan-peraturan JPA itu," katanya.
Ulangi janji BR1M
Nik Amar bagaimanapun memberitahu, walaupun wanita bersalin diberi cuti dua tahun, gaji mereka hanya akan dibayar selama tiga bulan saja.
"Lepas tu, tak ada (dibayar) gajilah," katanya.
Menurut Mohd Amar ketika ini hanya ada satu negara dalam dunia memberikan cuti bersalin selama dua tahun, iaitu Iran.
Sebelum ini penyandang kerusi dewan undangan negeri Panchor itu menjanjikan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM2,500 berbanding RM1,200 yang diberi BN.

"Malam ini saya nak isytihar, kalau kita menang memerintah Malaysia, ambo jadi perdana menteri ambo akan bayar BR1M RM2,500.


"Guana agok (macam mana agak)? Berpeluh kalau Najib dengar, sebab tiga kali dah BR1M naik selepas ambo sebut. Kebetulan ke tidak ambo tak pasti," katanya di Salor, Kota Bharu.
Semasa berucap hari ini Mohd Amar sekali lagi mengulangi janjinya untuk memberikan BR1M sebanyak RM2,500 dengan syarat beliau menjadi perdana menteri. - MK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com