innity

pages

Tuesday, April 17, 2018

‘Perang tidur’ - Rafidah pula papar foto Najib sedang lena

Susulan bidasan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz hari ini memaparkan pula gambar Perdana Menteri, Datuk Najib Razak yang sedang tidur semasa Sidang Kemuncak Asean.
Rafidah yang juga adalah bekas menteri menghantar laporan berita dari Filipina berkenaan kepada Malaysiakini.
Bertarikh 22 Nov, 2017, artikel tersebut menyatakan bahawa Najib dirakamkan sedang lena ketika Presiden Filipina Rodrigo Duterte menyampaikan ucaptamanya pada Sidang Kemuncak Asean ke-31.
"Mereka yang dinamakan sebagai pemimpin ini tidak seharusnya menuding jari dan menggunakan perkara-perkara remeh seperti ini menjelang pilihan raya umum. 

Kita mempunyai isu dan masalah yang sangat serius untuk ditangani.
"Dan Najib hanya dalam usia 60-an," kata Rafidah.
Gambar-gambar yang memaparkan Najib tertidur menjadi tular di media sosial manakala video berkenaan juga dipaparkan di YouTube.
Hari ini, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa memuat-naikkan gambar Mahathir, 93, yang kepenatan sambil menutup matanya dalam satu acara baru-baru ini.
Dalam hantaran di Facebook, ahli Parlimen Ketereh itu turut mengimbas kembali kenyataan bekas perdana menteri berkenaan berhubung pengganti pilihannya, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mempunyai masalah sering terlena atau sleep apnea.
“Tidak salah beliau. Usia dan tenaga tidak mengenal siapa. Diberitakan beliau sering uzur, sering batuk-batuk, kadang-kadang ingatan lupa, kadang-kadang terlena. Dulu dia mengata Pak Lah, sekarang tengoklah Tuhan maha kaya,” kata Annuar. - MK

3 comments:

  1. pilihlah pemimpin yg makan nasik..

    ReplyDelete
  2. Anuar bangang ni bercakap macam dia tu tak akan tua dan mampos!!....dasar syaitan yang tak mengenang budi!!....aku tumpang malu sebagai anak Kelantan dengan Anuar kaki bodet yang sudah menjadi sewel.Tunggulah kamu wahai siNuar bangang balasan dari Allah kepada kamu diatas segala perbuatan jahat kamu kepada Tun Mahathir yang telah banyak berjasa kepada kamu sehingga mejadikan kamu seperti hari ini.

    ReplyDelete
  3. Boleh tahan juga kelakarnya TS Rafidah ni ya!!??...tapi apa pun tabek hormat saya kepada TS.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com