innity

pages

Friday, April 13, 2018

Perlis Larang calon PRU jadi IMAM Solat sama ada DI PAGAR masjid, Kawasan Masjid atau Dalam Masjid

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (Jaips) mengingatkan masjid-masjid di seluruh negeri itu supaya tidak membenarkan rumah ibadat orang Islam itu digunakan untuk tujuan kempen pilihan raya.
Larangan itu termasuk mempamerkan bahan kempen di masjid dan mengimamkan makmum, kecuali dalam keadaan masbuk, bagi calon bertanding.
Calon-calon yang bertanding atau wakil/ejen calon yang bertanding adalah dilarang menjadi imam kepada mana-mana solat fardhu, solat jenazah atau solat sunat; kecuali solat fardhu dan solat jenazah dalam keadaan masbuk (terlewat) sama ada di pagar masjid, di kawasan masjid mahupun di dalam masjid,” menurut surat makluman.
Surat bertarikh 9 April itu ditandatangani oleh Pengarah Jaips Dr Hazman Hassan dan dikongsi di Facebook mufti negeri Datuk Dr Asri Zainul Abidin hari ini.
Sementara itu, larangan juga termasuk menyampaikan khutbah, ceramah, tazkirah, kuliah, taklimat, penerangan dan ucapan di kawasan disebutkan tadi.
Mereka juga dilarang mengetuai acara agama seperti bacaan doa, zikir dan selawat.
Masjid-masjid di seluruh negeri Perlis hendaklah kekal sebagai tempat ibadah dan tempat perpaduan ummah yang mengatasi unsur politik kepartian dam agenda pilihan raya,” kata Hazman dalam surat itu.
Katanya, surat itu dikeluarkan sebagai menjunjung titah perintah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sebagai yang dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com