innity

pages

Monday, April 2, 2018

Polis sahkan ketua bahagian Umno ditahan positif dadah


Polis mengesahkan seorang ketua bahagian Umno di Kuala Lumpur ditahan dalam satu serbuan ke atas sebuah pusat hiburan di Jalan Imbi di ibu negara.
Lelaki, yang namanya tidak disiarkan oleh Malaysiakini sementara mendapatkan ulasannya itu, didapati positif amphetamine dan methamphetamine.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Shaharudin Abdullah berkata, dalam serbuan itu, pemimpin itu bersama sekumpulan rakannya turut ditahan atas kesalahan yang sama.
Ditahan dalam bilik sekitar sepuluh orang. Semua ditahan, semua positif (amphetamine dan methamphetamine).
"Kita ambil ujian, hasilnya positif dan kita tahan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Serbuan dijalankan jam 2 pagi oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kontinjen Kuala Lumpur susulan maklumat mengenai aktiviti hiburan tanpa lesen.
Pemimpin politik itu turut menganggotai beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) itu didapati positif dadah kemudian diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, untuk tindakan lanjut.
Shaharudin turut berkata, pemimpin politik itu telah pun diikat jamin jam 4 petang tadi.
Manakala ujian air kencingnya dihantar ke makmal kimia untuk dianalisis bagi tindakan selanjutnya.
Shaharudin berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

1 comment:

  1. Ketua Umno buat apa di pusat hiburan? Adakah seperti jamal jamban melakukan serbuan? Sebaliknya, anak buah ditangkap kerana menangguk di air keruh, mengambil kesempatan ringan tangan mencuri? Ketua bahagian umno ini ditangkap kerana buat kerja amal? Menghapuskan kemungkaran? Demi abata? Ohh tersilap...beliau positif dadah, pastu keluar kenyataan media dianaiya?

    Apa nak di hairankan dengan geng2 penyamun ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com