innity

pages

Wednesday, April 4, 2018

Tidak Cukup dengan Orangnya, GAMBAR pun ditakuti juga...



Gambar Tun Mahathir Mohamad sebagai bakal Perdana Menteri dan Pengerusi Pakatan Harapan dilaporkan tidak akan dibenarkan untuk dipaparkan sepanjang kempen pilihanraya akan datang ini. 

Alasan SPR tidak memberi kebenaran itu ialah kerana Pakatan Harapan didakwa belum didaftarkan secara sah dengan Pendaftar Pertubuhan atau RoS. 

Sebaliknya, SPR hanya gambar presiden parti dan calon-calon yang bertanding saja dibenarkan untuk dipaparkan. 


Dengan perkembangan terbaru ini, buat pertama kalinya kita akan menyaksikan SPR benar-benar dipergunakan untuk membantu kemenangan Najib Razak, UMNO dan BN dalam pilihanraya.

Tidak cukup dengan SPRM sebelum ini menyediakan lakaran baru kawasan pilihanraya yang memihak kepada BN dan diluluskan hanya dalam tempoh 2 jam di Parlimen, kini badan ini tampil dengan larangan baru yang amat menjengkelkan. 

Apa yang ditakuti sangat dengan gambar Tun Mahathir? 

Tak cukup takut dengan orangnya yang sudah berusia 93 tahun, rupa-rupanya dengan gambarnya pun ditakuti sama? 

Alasan bahawa Pakatan Harapan tidak didaftarkan ternyata hanyalah alasan remeh dan sengaja diada-adakan. 

Dalam waktu yang sama, kini barulah difahami juga mengapa RoS sengaja mencari pelbagai alasan untuk menolak kelulusan pendaftaran Pakatan Harapan. 

Bukankah Tun Mahathir adalah Pengerusi Pakatan Harapan dan ketua kepada gabungan parti-parti pembangkang yang dengan kedudukan itu, bermakna dari segi moralnya, gambar beliau layak dipaparkan untuk memberi keadilan kepada pengundi dalam membuat pilihan?

Kenapa dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum ini di mana gabungan parti-parti pembangkang seperti Pakatan Rakyat, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan sebagainya yang juga tidak diluluskan oleh RoS, tetapi tiada halangan yang serupa pernah dikeluarkan oleh SPR? 

Kenapa hanya ketika Tun Mahathir mengetuai Pakatan Harapan, baru larangan berkaitan gambar ini dikeluarkan? 

Tak malu ke SPR mahu membantu kemenangan Najib, UMNO dan BN dengan cara begini?  

Lepas ini apa lagi agaknya? 

Mungkinkah suara Tun Mahathir pun akan dihalang juga dengan alasan yang sama? (ShahbudinHusin 03/04/2018)

9 comments:

  1. Selepas tamat tempoh penamaan calon nanti,ada kemungkinankah calon-calon PH akan ditangkap serta hilang kelayakkan sebagai calon?Atau di saat akhir,parti DAP diharamkan,begitu juga dengan Bersatu dan PH?Bagaimana sekiranya majoriti kepimpinan PH yang merupakan calon ditahan polis atas kesalahan menghasut?Di Thailand,peranan pihak istana adalah mengamankan.Apabila 2 pihak,baju kuning dan merah bertelagah,Raja Siam bertindak sebagai PENGADIL,demi kepentingan negara.Di Malaysia,apabila ROS,PDRM,SPRM,SPR,ATM,Jabatan Peguam Negara bertindak secara pelik,yakni bertentangan dengan Perlembagaan,Raja-Raja Melayu kekal tidak mahu terlibat.Benarkah sikap ini demi keadilan?Siapakah pengadil yang mahu dirujuk oleh rakyat?

    ReplyDelete
  2. Ketika Tun mentadbir letak gambar ayatollah pun UMNO tak kisah, kerana Tun, umno dan BN Sinonim dengan kemenangan bergaya 2/3 majoriti rakyat lima penggal berturut turut setiap kali PRU diadakan.

    ReplyDelete
  3. Adalah lebih baik sekiranya PM meminta keizinan raja-raja melayu agar diubah supaya cuma satu parti sahaja memerintah negara.

    ReplyDelete
  4. Adil bila keputusan berpihak pada pakatan haram camtu?..bila tak dapat apa yg dia nak jadi semua tak adil?..boleh blah lah lu..kat selangor poster PM pun kena buang..ini baru poster calon bakal PM..itu pun kalu menang..pii rah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adil bila rompakan dihalalkan?

      Delete
    2. Setiap malam Najib dipanggil penyamun,pencuri,perompak,dan penyangak,....kenapa tak ditangkap pihak yang menuduh tu sekiranya kamu orang yang benar?

      Delete
  5. TAK ADA APA YANG PELIK PUN DENGAN RULING SPR TU. HANYA GAMBAR KUDA YANG BERTANDING SAHAJA BOLEH DIPAPARKAN. TAKKAN PONDOK JUAL DURIAN NAK PAPAR POSTER BUAH BETIK. PELIKKAN? GUNA KEPALA BILA BERCAKAP BUKAN KEPALA LUTUT Dn kepala satu lagi tu.!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam demokrasi semua parti yang bertanding dibenarkan mempamerkan poster masing-masing.Sekarang "TAK ADA APA YANG PELIK PUN DENGAN RULING SPR TU" kerana Malaysia bukan lagi negara demokrasi,sebaliknya negara ini sudah berjaya ditransformasikan menjadi negara kleptokrasi.Melayu secara semulajadinya adalah tidak amanah.

      Delete
  6. Pandai hang SPIN no

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com