innity

pages

Tuesday, April 3, 2018

Tun M: Tentera Patut SETIA kepada Raja dan Negara bukan SETIA pada Najib dan Kerajaan



Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini mempunyai tentera sendiri susulan gesaan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang menggesa anggota tentera dan polis bersyukur dan setia kepada kerajaan yang diketuainya.

Beliau berkata ini adalah perkembangan yang mengecewakan memandangkan angkatan tentera dan pasukan polis sepatutnya melafazkan taat setia mereka kepada Raja-raja Melayu dan negara.

“Itu bertentangan dengan perlembagaan kita yang mana angkatan tentera mestilah setia kepada Raja dan negara. tapi sekarang kita dapati bahawa tentera kita akan setia kepada Najib dan kerajaan.

“Bermakna Najib sekarang sudah ada tentera dia sendiri,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan di pejabat ketua pembangkang di Parlimen hari ini. - mk

4 comments:

  1. Terbaru di turki, rakyat bangun melawan tentera yg cuba melakukan coup de tat, adalah diharapkan tidak terjadi di malaysia.

    ReplyDelete
  2. Udah2 le tu.. zaman dah berlalu!

    ReplyDelete

  3. Sudah jelas lagi bersuluh... Ini adalah contoh berita PALSU.

    ReplyDelete
  4. KOHO KUAT NYANYOK OREY TUA NI.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com